Shaharum Enterprise

Prosedur Eksport Ikan Hidup Malaysia

Jenis Ikan : KELI / LELE

 

1-BEKALAN IKAN KELI (HIDUP)

Bekalan keli hidup adalah hasil keluaran daripada ladang-ladang yang diusahakan oleh usahawan-usahawan Malaysia seperti di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, dan lain-lain.Jika bekalan meningkat tinggi, kita juga menjalinkan kerjasama dengan usahawan dari Negara Thailand.Kemampuan bekalan buat masa ini adalah 10 tan hingga 20 tan seminggu dengan harga di ladang di antara RM2.90-RM3.20 / Kilogram.

2-SISTEM PEMBUNGKUSAN/PACKINGING/PENGANGKUTAN DARAT

Sistem pembngkusan adalah memainkan peranan yang penting bagi menjamin kualiti dan ketahanan ikan sehingga sampai ke stor pengimport. Kebiasaannya tong/drum yang mempunyai kapasiti ikan 70 kg digunakan dengan membuka ruang masuk ikan dan ruang-ruang udara.Di hujung ke dua-dua tong tersebut perlu diikat tali bagi memudahkan proses mengangkat ke lori atau ke kapal. Air perlu diganti jika tempoh masa melebihi 8 jam, bagi menjamin kesegaran dan keselesaan ikan. Jika penghantaran dijalankan pada siang hari iaitu musim cuaca panas, air batu bersaiz satu(1) kaki persegi perlu dimasukkan ke dalam tong-tong tersebut. Bagi urusan penggangkutan darat, lori yang bersesuaian dengan kuantiti ikan digunakan dan dibantu dengan Kren Pengangkat.

3-AGEN KASTAM YANG SAH

Agen Kastam yang sah perlu dilantik oleh pihak pengeksport bagi menguruskan segala urusan Perkapalan, Kastam, Jabatan Laut, Kuarantin, dan Jadual Penghantaran. Agen Kastam memainkan peranan yang SANGAT PENTING dalam urusan mengeksport Keli. Komunikasi di antara agen kastam Malaysia dan Batam sangat ditekankan supaya tidak berlaku masalah atau gangguan teknikal dengan pihak Kastam, Imigresen dan Pelabuhan, yang boleh menyebabkan penghantaran terganggu dan kos luar jangka meningkat secara mendadak serta “kematian ikan”. Segala jadual penghantaran mesti mendapat kelulusan agen di kedua-dua pihak selepas semua dokumen penting telah siap diproses dan diluluskan oleh jabatan-jabatan pentadbir kerajaan Malaysia dan Indonesia.

E-PERMIT juga telah dipraktikkan di Malaysia, di mana semua pengeksport/pengimport mesti mendaftar dalam system on-line tersebut sebagai menyimpan pengkalan data tetap di mana dapat  memudahkan dan mempercepat proses pengeksportan bagi pusingan yang akan datang. Tempoh masa pemerosesan mengunakan E-PERMIT dapat dipendekkan sehingga 48 jam sahaja berbanding 7 hari bagi cara lama.E-Permit digunakan oleh Pihak Kastam Malaysia bagi memastikan segala dokumen dari jabatan yang berkaitan dan keperluan eksport disahkan secara ‘on-line’.

4-KAPAL PENGANGKUT

Kapal pengangkut yang bersesuaian sangat ditekankan kerana ianya memainkan peranan yang penting dalam pengurusan kos/harga jualan keli. Kapal yang diperlukan adalah tidak terlalu besar. kesesuai saiz di antara kapasiti muatan kapal 10 tan – 20 tan sahaja. Kos yang dijangkakan adalah di antara RM3000.00 - RM5000.00 iaitu perjalanan pergi balik dari Kota Batam hingga ke pelabuhan Sg.Rengit (tangjung Belungkur). Syarikat yang menguruskan perkapalan mesti mempunyai rekod kewangan yang kukuh dan pengurusan yang baik bagi memastikan tidak ada gangguan kelewatan jadual dari segi teknikal, minyak, pekerja, dan lain-lain.

Pelabuhan yang akan menjadi pintu masuk dan keluar ikan mesti mendapat kelulusan Kastam secara bertulis dan sah pada sijil kelayakan Operasi Pelabuhan yang tertulis di AP dan Surat Izin di Negara Malaysia dan Indonesia.

            

5-AP EKSPORT MALAYSIA & SURAT-IZIN IMPORT INDONESIA.

AP atau Approved Permit yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia merupakan sijil yang sangat penting dan mesti diluluskan oleh kerajaan masing-masing. Dokumen ini adalah sebagai pengesahan kepada syarikat/persatuan yang layak dan memenuhi segala syarat yang ditetap oleh kerajaan Malaysia sebagai lesen untuk mengeksport barangan yang tercatat di sijil tersebut sahaja dengan kuantiti yang dibenarkan, pelabuhan keluar-masuk, tempoh sah dan lain-lain.

           

6-SIJIL KESIHATAN OLEH BIO-SECURITY

Sijil Kesihatan merupakan satu lagi dokumen penting bagi proses mengeksport ikan keli sebagai jaminan bahawa produk yang di makan oleh pengguna nanti adalah selamat dan halal serta tidak mendatang mudarat bagi jangkamasa panjang. Sijil Kesihatan akan dikeluarkan oleh Bio-Security yang dibentuk khas olek kerajaan Malaysia bagi mendaftar, mengaudit, memantau proses pengurusan dan penternakan ladang-ladang keli yang mendaftar di bawahnya. Bagi mendapatkan Sijil Kesihatan, untuk urusan eksport, pemilik ladang mesti mendaftar dengan Bio-Security dan mendapat kelulusan. Sijil tidak akan dikeluarkan jika pendaftaran tak diaktifkan.

 

7-PUSAT KUARANTIN OLEH MAQIS

MAQIS adalah jabatan yang diamanahkan memeriksa produk keluar-masuk ke/dari Malaysia supaya melepasi kreteria-kreteria kesihatan dan keselamatan pengguna dan negara. Barangan perlu di kuarantin, diperiksa dan diluluskan sebelum dibenarkan bergerak ke destinasi/lokasi seterusnya. Biasanya urusan MAQIS akan diuruskan oleh Agen kastam dan pengeksport mesti mendaftar dan mempunyai rekod baik semasa proses pemantau pihak  MAQIS



8- KOLAM TERNAKAN KELI

Kolam ternakan keli di Malaysia adalah sangat dikawal dan dipantau oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Ini memandangkan keli adalah sejenis spesis ikan yang bersifat “Makan Bebas”. Sumber pemakanan ikan keli sangat dititikberatkan supaya hanya makanan yang bersih lagi halal dibenarkan. Biasanya, makanan utama bagi keli adalah pellet (makanan ikan bentuk bijian), perut ayam yang diproses/direbus, kacang soya, hampas kelapa dan lain-lain. Semua kolam ikan keli di Malaysia yang didaftarkan akan dipantau dari masa ke semasa oleh jabatan berkenaan bagi menjamin hasil pengeluaran yang produktif, bersih lagi suci, sebagai salah satu sumber makanan terlaris di Malaysia dan Batam.


 9 - JADUAL PENGHANTARAM (KAPAL, PEMBUNGKUSAN, LORI&KREN, PELEPASAN KASTAM MALAYSIA, PENERIMAAN KASTAM BATAM, JABATAN LAUT)

Ringkasnya:

Jadual Penghantaran adalah perlu dirancang dan diteliti dengan berkesan. Ini adalah kerana proses pengeksportan ikan hidup tidak boleh gagal@terganggu, di mana proses penghantaran melibatkan kos yang tinggi dan boleh menyebebkan kerugian melampau serta kematian ikan.

 

Jadual 1 : Tugas Pemilik Kolam

Pemilik kolam Keli mengesahkan bahawa kuantiti dan kualiti keli telah ditetapkan dan dijamin. Pemilik kolam akan menghantar sample/contoh ikan ke pihak Bio-Security untuk mendapatkan Sijil Kesihatan bagi lot penghantaran tersebut sahaja. Sijil Kesihatan akan dikeluarkan setiap kali lot ikan dieksport dan hanya sah laku pada hari penghantaran sahaja. Sijil hanya akan dikeluarkan apabila Bio-security apabila mendapat tarikh sebenar penghantaran daripada pengeksport. Pemilik kolam juga akan menghantar laporan kuantiti kepada Agen Kastam untuk penyediaan INVOICE oleh pemegang AP eksport.

 

Jadual 2: Tugas Agen Kastam

Apabila pihak Agen Kastam mendapat arahan dari pemilik ladang berkenaan dengan sijil kesihatan telah diproses dan diluluskan, invoice telah dikeluarkan oleh pemegang AP, maka Agen Kastan akan memberi arahan kepada Agen Kastam Batam untuk menguruskan perjalanan kapal masuk ke Pelabuhan belungkur .Agen Kastam Batam akan menetapkan tarikh dan masa pelepasan kapal. Masa yang sesuai adalah mesti sampai sebelah malam dan pagi hari berikunya Agen Kastam Malaysia akan menguruskan proses pendaratan kapal dengan pihak Kastam dan Imegresen Malaysia.

 

Jadual 3: Tugas pemilik Ladang

Apabila pendaratan kapal selesai, pihak Agen Kastam akan mengarahkan pemilik ladang menjalankan aktiviti pembungkusan ikan dan penghantaran ke pelabuhan. Proses ini akan mengambil masa 8 hingga 10 jam bagi jumlah penghantaran sebanyak 3 ton @ 42 tong/drum. Dalam masa yang sama, pihak agen akan mendapat Sijil Kesihatan pada hari/tarikh tersebut.

 

Jadual 4: Tugas pengeksport

Pihak pengeksport akan menguruskan kakitangan dan kren pengangkat di pelabuhan bagi proses pemindahan tong-tong ikan ke kapal yang sedia menunggu di pelabuhan Tangjung Belungkur. Jangkaannya, proses pemindahan akan dijalan pada jam 8-9 malam, kerana bagi mengurang suhu kepanasan disiang hari dan juga proses penukaran air dijalankan di pelabuahan, dijangkanya kapal akan bertolak balik ke Batam selepas jam 12 malam dan tiba di Pelabuhan Batam, malam tersebut dan proses penerimaan, kelulusan Kastam Batam dan pemunggahan dijalankan awal pagi, iaitu sebelum cuaca mulai panas. Seeloknya selesai proses pemunggahan sebelum 10pagi waktu di Batam.


 Ringkasnya:

Jadual penghantaran akan mengambil masa seperti berikut:

 

Contoh : 3 Jun 2011 / Jam 08.00 pagi – Urusan Ladang Ikan

                                 / Jam 10.00 pagi – Urusan Bio-Security dan Agen Kastam Malaysia

                                 / Jam 4.00 petang- Urusan Agen Kastam Malaysia/Batam

                                 / Jam 11.00 malam – Urusan Kapten Kapal Bertolak

             4 Jun 2011 /Jam 08.00 pagi – Urusan Agen Kastam dan Kapten Kapal

                                 /Jam 10.00 pagi – Urusan Ladang , Bio-Security, Agen kastam Malaysia

                                 /Jam 06.00 petang – Urusan Pengeksport, Agen kastam Malaysia, Kapten

                                  / Jam 11.00 malam – Urusan Kapten kapal bertolak

             5 Jun 2011 / Jam 08.00 pagi – Urusan Agen Batam, Kapten, Pengimpot

                                 / Jam 11.00 pagi – Urusan Selesai, Jadual baru dirancang.

 

KESIMPULAN

Proses pengeksportan ikan Keli (Lele) ke Batam, memerlukan kefahaman semua pihak yang terlibat dengan mengikut segala prosidur-prosedur dan langkah-langkah yang ditetapkan. Ini adalah bagi menjamin proses mengeksport ikan hidup tidak terganggu di mana-mana sekatan di pelabuhan kerana ianya melibatkan kos, stok, masa, yang akan menentukan Berjaya atau Tidak “Projek Eksport Import Bekalan Keli(Lele) ke Batam, Indonesia.

--------------------------------------------------------------------------------------Rekod 1--------------------------------------------------------------------------

 

          CADANGAN PEMBANGUNAN PUSAT PENGEDARAN STRATEGIK KELAPA SANTAN DI KL/SELANGOR

        Secara ringkasnya, cadangan saya untuk membentuk sebuat Pusat Pengedaran Strategik Kelapa Santan di KL/Selangor kerana selepas 1 tahun saya membuat  penyelidikan  secara persendirian. Rekod  menunjukkan  bahawa  apabila saya  membuat  periklanan bekalan Kelapa  Santan  melalui Internet, banyak pertanyan dan permintaan namun gagal dari segi kos dan kuantiti yang kecil. Kebanyakkan permintaan datangnya dari KL/Selangor, Pantai Timur dan Utara Malaysia tetapi pemborong-pemborong kecil bumiputra tidak berupaya untuk membeli dalam kuantiti pukal bagi mengurangkan kos. Bekalan di Selatan  mungkin  tiada masalah, sebab pengimport  bukan bumiputra telah memenuhi  permintaan di sana kerana kos pengangkutan yang rendah.Untuk maklumat tuan, hanya Pelabuhan Batu Pahat, Johor yang dibenarkan mengimport Kelapa Indonesia secara pukal/loose (tanpa kontena) dengan sokongan AP daripada FAMA.Pihak FAMA juga terpaksa memgambil Kelapa Indonesia jika bekalan tempatan berkurangan/ putus dalam bulan-bulan tertentu setiap tahun.


Cadangan saya adalah seperti berikut:

1- Bekalan Kelapa Santan
     Saya telah membelanjakan ribuan ringgit untuk berulang-alik ke ladang-ladang kelapa di Kepulauan Indonesia untuk mengenalpasti secara telus tentang stok kelapa, cara pengurusan dan peladangan kelapa, cara pengangkutan, cara tempahan, dan sistem urus-niaga di sana.Beberapa perbincangan telah diadakan dengan pegawai pertanian di sana. Hasilnya, saya telah mengambil langkah drastik untuk mengikat kontrak percubaan setahun mulai Jun 2011 seperti data-data berikut:
- Tempoh Kontrak 1 tahun, Boleh disambung berdasar persetujuan dua pihak.
- Harga adalah tetap dalam jangka masa kontrak iaitu RM0.965/sebiji (sehingga pelabuhan Batu Pahat, Johor, dimana jika ada kerosakan perlu diganti).
   Kos  urusan Agen Kastam, AP, Port di Malaysia tidak termasuk. (kita jangkakan kos tidak melebihi 8sen sebiji).
- Saiz Kelapa Santan adalah di antara 650g-1300g ( purata kecil 40%, sedang 40% dan besar 20%)
- Purata Tempahan Bulanan 600,000-800,000 biji (Penghantaran setiap minggu 200,000 biji/Kapal)
- Pembayaran 50% Deposit, 50% selepas kelulusan Kastam di pelabuhan Malaysia. (Bayaran Tunai-LC/BG).
   (LC50% deposit hanya boleh dicairkan apabila kapal Pengangkut Kelapa berlepas dari Pelabuhan Indonesia.)
- Bekalan untuk Tempahan pertama hanya akan sampai 14 hari dari pembayaran 50% deposit,
- beberapa syarat lain....

2- Pusat Pengedaran Strategik Kelapa Santan
          Pusat ini perlu dibangunkan di KL/Selangor kerana ianya merupakan lokasi strategik iaitu berada di tengah-tengah di antara Utara, Pantai Timur, dan Pantai Barat, Malaysia. Ini akan memudahkan pemborong kecil mendapat bekalan dengan kos pengangkutan yang rendah.Gudang penyimpanan stok mesti mempunyai keluasan untuk menampung kuantiti kelapa santan 6 trailer 40' @ 200,000 biji kelapa serta jalan keluar masuk untuk trailer yang baik.gudang juga digalakkan berbentuk terbuka 50% bagi menjamin kualiti/ketahanan Kelapa Santan sehingga 45-60 hari dari tarikh di kupas.Jarak juga dekat di antara Batu Pahat ke KL/Selangor hanya 3-4 jam perjalanan bagi trailer 40'.

3- Cadangan Gabungan
     - Syarikat saya telah beroperasi lebih 3 tahun, dalam urusan pembekalan dan import-eksport. 100% bumiputra  milik persendirian dan beribu pejabat di Johor Bahru. Ketika ini kami mengeksport Keli ke Batam, Indonesia dan membekal ke pasaran JB (bekalan pasar borong/smart/pasar kecil).Kami juga mempunyai ladang-ladang keli di Kota Tinggi dan di Batam, Inodnesia. Kelapa Santan adalah "Program Emas" kami seterusnya sebagai timbal-balik unrusniaga dengan Rakan Perniagaan Strategik di Indonesia. Saya adalah Pemilik Utama iaitu 99% saham dalam sayrikat ini.

Antara cadangan gabungan adalah seperti berikut;
1- Jika anda adalah Pengilang berasaskan Kelapa Santan, nyatakan keperluan mingguan @ budget anda
2- Jika anda adalah Pengusaha Santan di Pasar-pasar utama, nyatakan keperluan mingguan @ budget anda
3- Jika anda Pemborong kecil/Sederhana, nyatakan lokasi anda @ budget anda
4- Jika anda adalah pelabur baru dalam urusan Kelapa Santan, peluang pelaburan saya sediakan seperti berikut:
     - Pemegang saham dalam syarikat saya mulai1% saham dan tidak boleh melebihi 25% ATAU
     - Pelaburan berdasarkan Projek Kelapa Santan sahaja, keuntungan adalah berdasarkan nilai pelaburan dan keuntungan Pusat Pengedaran KL/Selangor.

4- Sasaran Kos Keseluruhan Asas untuk Projek Pusat Pengedaran Strategik Kelapa Santan.
     - Bekalan Kelapa Santan = RM250,000 ( RM200,000 Import, RM50,000 Tempatan)
     - Gudang dan peralatan berkaiatan  = RM50,000
5- Urusniaga adalah TUNAI sahaja.(kata orang kita, "ada duit ada barang")

       Segala dokumen-dokumen kontrak, perjanjian, dan sebagainya akan di kemukakan, selepas saya mendapat komen-komen positif daripada pihak tuan.
Saya yakin, dengan gabunagan  Pengurusan,  Kewangan,  Kemahiran,  Pemasaran,  Buah Fikiran/Idea,  cita-cita  kita  untuk  menyaingi  pengedar  Bukan Bumiputra  secara  positif  pasti  tercapai. Saya  tidak  mampu  untuk bersaing seorang diri. Sasaran utama kita adalah meminimakan harga kelapa santan serendah  mungkin,  memastikan  stok  terkawal,  bantu-membantu  antara  satu  dengan  yang  lain  khasnya  golongan  yang  berpendapatan rendah dan usahawan kecil/baru.

Terima kasih

------------------------------------------------------------------------------------------------Rekod 2---------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 
 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola